Solat hajat untuk pembangunan semula Balai Islam Sungai Gau

Posted by: muslimattemerloh / Category:



Alhamduliillah setelah sekian lama saya tidak update blog ini, hari ini saya berpeluang meneruskan semula perjuangan membawa DMP Temerloh dekat kepada masyarakat.

Sekali lagi.. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, Solat Hajat Khas untuk pembangunan semula Balai Islam Sungai Gau dapat dilaksanakan padaHari Jumaat, 28 Oktober yang lalu walaupun jumlah yang hadir tidak mencapai sasaran Lajnah Tarbiah 40 orang. Hujan mengiringi doa kami.. Memohon semoga Allah mudahkan urusan pembinaan Balai Islam ini.



Solat Hajat diimamkan oleh Ustaz Zakaria



Seusai solat Hajat diadakan pula sedikit Tazkirah untuk menjadi ingatan bersama, disampaikan oleh Ustaz Abi.






Penerangan perkembangan pembangunan Balai Islam Sg. Gau daripada Hj. Yusof Darus. Turut kelihatan YDP Pas Kawasan Temerloh Ust. Abdul Rahim bin Abdul Latiff.


"Setakat inI, Alhamdulillah kita telah berjaya mengumpul RM 110 ribu duit derma. Dan kita telah menerima sumbangan Air cond sebanyak 4 buah.. Kita perlukan 10 buah..sesiapa yang berminat untuk membuat saham boleh menderma atau mencari penderma aircond..." petikan penerangan Hj. Yusof.


Masa untuk menjamu selera.. Pulut Kuning dan sambal bilis yang enak.. Terima kasih kepada Bendahari DMP Puan Kamariah yang bersusah payah menyediakan hidangan ini.


1 comments:

  1. zool Says:

    Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

Post a Comment